2025-01-06 HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,5 Januari- Filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les' Copaque bertajuk 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi perkongsian di Facebook,Anwar merakamkan ucapan syabas kerana filem berkenaan telah membanggakan negara.
"Petang tadi diberi kesempatan bersama keluarga untuk meraikan anak-anak para pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Cochrane,Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (T) Jalan San Peng,SK (Perempuan) Jalan Batu,SJK (Cina) Bandar Sungai Longdan anak yatim dari SK Semenyih meluangkan masa menonton filem 'Dongeng Sang Kancil'.
"Pastinya,filem ini menghidupkan semula elemen nostalgia kanak-kanak yang teruja melihat kebijaksanaan sang kancil dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul,selain menyatukan haiwan-haiwan lain di dunia rimba mereka," katanya.
Filem berkenaan mula ditayangkan di seluruh negara pada 26 Disember lepas danberjaya mencatatkutipan RM1.5 juta pada hari pertama tayangan.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur