2025-01-08 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,8 Januari-ASEAN harus muncul sebagai masyarakat kelas pertengahan dan menjadi pasaran pengguna yang besar dalam tempoh dua dekad akan datang.
Menurut Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong,ke arah itu Asean perlu memastikan negara anggotanya tidak terlibat dalam persaingan gaji rendah,potongan cukai,atau pengecualian cukai,sebaliknya menumpukan kepada menegakkan piawaian alam sekitar.
"ASEAN perlu mengelakkan perlumbaan ke bawah.
"Kita mesti memastikan pembangunan ekonomi tidak mengorbankan alam sekitar dan memastikan hasil cukai digunakan untuk kebaikan rakyat",katanya demikian dalam ucapannya di Persidangan Pendapat Pemimpin Ekonomi ASEAN 2025 di ibu negara.
Tambahnya,negara anggota ASEAN perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat ini,terutamanya dalam konteks pelaksanaan Cukai Minimum Global (GMT).
Persidangan ini menghimpunkan lebih 200 peserta tempatan dan 40 antarabangsa,membincangkan cabaran ekonomi serantau serta peluang masa depan Asean.
Antara isu utama yang dibincangkan termasuk usaha membina rantaian bekalan serantau yang lebih berdaya tahan,mengekalkan peranan Asean sebagai kuasa pertengahan,dan memajukan agenda pembangunan mampan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur