2025-01-08 IDOPRESS

FOTO RTM
GEORGE TOWN,7 Januari- Pulau Pinang mencatat pelbagai pencapaian memberangsangkan sepanjang tahun 2024,termasuk menarik pelaburan bernilai RM31.38 bilion.
Ketua Menteri,Chow Kon Yeow,berkata kejayaan ini dijangka membuka lebih 6,600 peluang pekerjaan,terutamanya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi,perkhidmatan canggih,dan pertanian moden.
Beliau turut memaklumkan bahawa negeri ini mencapai kadar pematuhan caruman KWSP ketiga tertinggi di Malaysia,iaitu 99.15 peratus,mencerminkan kekuatan aspek sosial.
"Jumlah keseluruhan kos projek bagi Pulau Pinang adalah sebanyak RM28.406 bilion,dan peruntukan yang diluluskan bagi tahun 2024 adalah berjumlah RM1.356 bilion.
"Daripada peruntukan tersebut,perbelanjaan sebanyak RM1.108 bilion atau bersamaan 81.82 peratus telah dicatatkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung pagi tadi di Dewan Sri Pinang.
Dalam pada itu,Belanjawan Pulau Pinang 2025 dengan tema “Ekonomi MADANI : Rakyat Diperkasa,Negeri Sejahtera” turut diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.047 bilion.
Bajet tersebut dirangka bagi memastikan pembangunan mampan,kesejahteraan rakyat,dan tadbir urus yang cekap terus menjadi keutamaan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur