2025-01-10 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,9 Januari- Affin Bank Bhd menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus tahun ini,berbanding anggaran pertumbuhan 5 peratus pada 2024.
Unjuran itu sejajar ramalan pertumbuhan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Ketua Ekonomi Kumpulan Affin Bank,Alan Tan,berkata,tahun ini pertumbuhan diunjur stabil,terutamanya untuk ekonomi terbuka seperti Malaysia.
Eksport elektrik dan elektronik diunjur meneruskan pemulihan daripada tahun lalu,selari peningkatan jualan semikonduktor global.
Ekonomi domestik akan terus mendapat manfaat daripada permintaan dalaman yang kukuh,disokong pasaran buruh yang stabil dan perbelanjaan isi rumah.
Bagi nilai ringgit,beliau menjangkakan mata wang tempatan berada di paras RM4.10 berbanding dolar,menjelang akhir tahun ini.
Manakala,kadar dasar semalaman (OPR),diunjur kekal stabil seterusnya mengurangkan perbezaan antara kadar tempatan dan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan menggalakan kemasukan aliran ringgit.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur