2025-01-13 HaiPress
Foto RTM
BATU PAHAT,13 Januari-Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi,menyifatkan tahun 2025 sebagai detik penting,yang menandakan permulaan era kemajuan pesat untuk negeri Johor.
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai baru-baru ini,dijangka mengubah landskap ekonomi negeri,dengan kemasukan pelaburan berimpak tinggi dari pelbagai bidang.
"Pelaburan akan masuk daripada seluruh dunia ke Johor. Kita telah pergi ke Shenzen China,kita pergi ke Korea,Jepun,Abu Dhabi,Dubai dan baru-baru ini di Doha.
"Semua menaruh keyakinan untuk datang ke negeri Johor untuk melabur",katanya demikian ketikaberucap pada Majlis Jamuan Silaturahim Tahun Baru Cina di sini.
Justeru,rakyat Johor diseru untuk bersedia merebut peluang dalam sektor pekerjaan,perniagaan,dan pendidikan,yang bakal mekar menerusi JS-SEZ.
Kepentingan perpaduan tanpa mengira bangsa,menjadi asas dalam menentukan kejayaan inisiatif tersebut.
Perjanjian JS-SEZ dimeterai pada 7 Januari lalu,sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11,yang disaksikan Perdana Menteri kedua-dua negara.
Sementara itu,sektor kesihatan di Johor,akan menjadi antara titik utama,yang akan diberi fokus,dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor,Ling Tian Soon,berkata,beberapa hospital swasta telah menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur dalam inisiatif berkenaan.
Kerjasama strategik itu,dilihat penting bagi memperkukuh sektor kesihatan,perubatan,dan farmaseutikal,sejajar dengan pertumbuhan pesat negeri.
"Dalam tahun ini juga kita akan menerima satu hospital baru,iaitu Hospital Pasir Gudang dan juga dalam tahun ini,kita dah dapat kelulusan daripada kerajaan pusat. Iaitu hospital baharu Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2).
"Dan bukan setakat itu sahaja,banyak kumpulan-kumpulan hospital swasta juga menunjukkan minat mereka untuk melabur di negeri Johor",katanya demikian dalam Majlis Jamuan Silaturahim Tahun Baru Cina di sini.
Menurutnya,peruntukan bernilai kira-kira RM10 juta juga telah diumumkan untuk sektor kesihatan dalam pembentangan belanjawan Johor 2025,November lalu.
Pengeluaran getah asli naik 24.9% pada Mei 2025
OPR: Bank Muamalat turunkan kadar pembiayaan dan deposit mulai 14 Julai
OPR: Kadar baharu CIMB berkuat kuasa 14 Julai ini
Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas penurunan OPR tingkatkan sentimen
Maybank turunkan kadar asas, kadar pinjaman asas bermula 11 Julai
MARGMA gesa rundingan dengan AS susulan kenaikan tarif import sarung tangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur