2025-01-13 HaiPress
FOTO BERNAMA
ABU DHABI,13 Januari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Ahad,dijadualkan bertemu dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum,yang juga pemerintah Dubai,hari ini.
Pertemuan akan berlangsung di Istana Za’abeel di Dubai,kira-kira 150 km dari sini.
Perbincangan dijangka bertumpu kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala dan meneroka peluang-peluang dalam tenaga boleh diperbaharui,sekuriti makanan dan tenaga,kecerdasan buatan dan pusat data serta isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.
Terdahulu Anwar akan memulakan lawatan di hari kedua ini dengan perjumpaan dengan pihak Dana Kekayaan Berdaulat UAE.
Mesyuarat perniagaan pula dimulakan dengan pertemuan Anwar dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi,diikuti Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) Sheikh Hamed bin Zayed Al Nahyan,dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Khaldoon Khalifa Al Mubarak.
Lawatan Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di sini.
Anwar tiba di sini pada Ahad. Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada pukul 9.00 malam waktu tempatan (1 pagi Isnin waktu Malaysia). - BERNAMA
Dari Saigon ke Dunia! Tn. Hung Memimpin UniLive di Vietnam, Mempercepat Perluasan Ekosistem Global
Acara Peluncuran Strategi UniLive Berakhir dengan Sukses, Memperkuat Komitmen terhadap Vietnam dan Mempercepat Ekspansi Global
Global EASE DAY 2025: SOUEAST Redefines EASE Urban Life with Innovative Powertrain Solutions
Stabilizing Foreign Trade and Expanding Consumption: Guangzhou Baima Border Trade Supply Chain Matchmaking Conference Opens New Trade Channels
Tarif AS: Lawatan Tengku Zafrul ke Washington diyakini membuahkan hasil
Daya tahan pertumbuhan ekonomi perkukuh kedudukan negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur