2025-01-15 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,14 Januari- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (MY-UAE CEPA) antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dimeterai pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi perkara tersebut menerusi Facebook beliau malam ini.
"Saya dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi berkesempatan menyaksikan pemeteraian MY-UAE CEPA.
"Ini adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council – GCC)," katanya.
Tambah Anwar,perjanjian itu dijangka menjadi pemangkin bagi memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan UAE serta negara-negara Teluk yang lain.
MY-UAE CEPA membuka peluang kerjasama ekonomi yang lebih mendalam termasuk penghapusan dan pengurangan tarif serta peningkatan akses pasaran. Langkah itu dijangka akan memacu eksport Malaysia dan mewujudkan peluang pelaburan baharu dalam sektor-sektor utama.
Selain itu,Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin dunia sempena ADSW bagi merapatkan hubungan dan kerjasama strategik demi kepentingan bersama.
Dalam pertemuan bersama Presiden Uganda,Yoweri Kaguta Museveni,kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memperkukuh sinergi di peringkat ekonomi,perniagaan,perdagangan dan pendidikan.
Sewaktu sesi bersama Presiden Republik Kenya,William Samoei Ruto,persetujuan dicapai untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan pada masa hadapan.
"Di akhir pertemuan,saya menghulurkan jemputan kepada kedua-dua pemimpin untuk melawat Malaysia agar keharmonian hubungan diplomatik terus segar dan harmoni," katanya.
Beliau tiba di Abu Dhabi pada Ahad untuk lawatan kerja tiga hari ke UAE,antara lain bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) serta meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-duanya.
Ia merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke UAE sejak Oktober 2023 dan lawatan pertama beliau ke luar negara sejak Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur