2025-01-16 IDOPRESS

Nga Kor Ming
PUTRAJAYA,16 Januari- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited mencapai kecemerlangan dengan merancang pelbagai inisiatif baharu tahun ini termasuk pindaan undang-undang.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata menerusi penerapan 'greater HEIGHTS' ia akan menjadi teras dalam mendepani cabaran serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Untuk memastikan kejayaan kesemua inisiatif ini,kita memerlukan perancangan rapi,pelaksanaan yang efisien,pelan komunikasi yang efektif dan yang paling penting,pengamalan nilai-nilai yang telah saya huraikan dalam konsep HEIGHTS.
"HEIGHTS ini merangkumi Humility (rendah hati),Ethics (etika),Integrity (integriti),Gung-ho (semangat kerja keras),Honesty (kejujuran),Teamwork (kerjasama),dan Success (kejayaan)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 KPKT di sini,pagi tadi.
Dalam usaha membawa Malaysia ke peringkat global KPKT juga sedang membuat bidaan untuk jawatan Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029.
"Di peringkat nasional,fokus turut diberikan kepada pindaan undang-undang berkaitan hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah kecil,selain meningkatkan sistem pengurusan sampah dan melatih lebih ramai pakar berkemahiran tinggi," katanya lagi.
Nga menegaskan bahawa kementerian itu akan terus memperkasakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat serta melonjakkan kementerian ke tahap berprestasi tinggi.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur