2025-01-20 IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Januari- Anggaran awalan,ekonomi Malaysia meningkat kepada 4.8 peratus pada suku tahun keempat 2024 dipacu oleh sektor ekonomi domestik dan sektor perkhidmatan.
Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat,sektor tersebut menyumbang kepada aktiviti borong dan runcit,mencerminkan perbelanjaan pengguna dan keupayaan perniagaan terus berkembang.
Kestabilan kedua-dua sektor ini menjadi faktor daya tahan sektor lain,sekaligus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
"Begitu juga kuasa beli pengguna juga terus mantap. Seterusnya,adalah subsektor pengangkutan dan logistik menunjukkan berlaku pelbagai gerakan untuk menampung ekonomi itu sendiri dan juga komunikasi dan juga pelaburan kepada pusat data ataupun maklumat," kata Dr. Aimi kepada pemberita,hari ini.
Tambahnya,projek-projek mega melibatkan sektor pembinaan yang diterajui kerajaan bukan sahaja merancakkan sektor itu tetapi juga memberi impak berganda kepada sektor perkhidmatan.
Ia bukan sahaja memacu pembangunan infrastruktur negara tetapi turut menyumbang kepada kemajuan sektor-sektor lain sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur