2025-01-21 IDOPRESS

Keadaan di Khan Younis selepas serangan Israel/ Reuters
BELGIUM,21 Januari- Kesatuan Eropah (EU) menyambut baik gencatan senjata di Gazadan berharap Israel dapat mengekalkan keamanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan isu berkenaan semasa pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah,Antonio Costa di Belgium.
Tegasnya,adalah tanggungjawab bersama untuk membangunkan semula Gaza selepas musnah akibat kezaliman Israel.
"Kita juga menekankan mereka harus juga selain daripada menyaksikan perubahan tetapi juga harus menekankan lebih-lebih lagi pengaruh mereka ke atas Israel supaya mematuhi syarat-syarat pendamaian itu supaya tidak menggagalkan," katanya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di College of Brugesyang merupakan institusi tertua dan tersohor bagi pengajian Eropah di sini.
Dalam pada itu Malaysiamenggesa EU memperkukuh sokongan kepadaAsia Tenggara melalui pembiayaan iklim lebih tinggi,pelaburan hijau,bantuan teknikal,dan inisiatif pembinaan kapasiti.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,krisis iklim turut dihadapi Asia Tenggara dan merupakan cabaran masa kini.
"Hasil yang mengecewakan pada Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) menyerlahkan perjuangan berterusan yang dihadapi oleh negara-negara paling terdedah kepada impak iklim.
"...dalam mendapatkan pembiayaan penting untuk usaha mitigasi dan adaptasi daripada mereka yang memikul tanggungjawab besar terhadap pelepasan karbon dan pemanasan global bersejarah," katanya lagi.
Bekas Menteri Luar Itali,Federica Mogherinimerupakan moderator dalam sesi ucaptama tersebut.
Antara tokoh-tokoh terkemuka yang dijemput bagi menyampaikan ucaptama di College of Europe sebelum ini termasuk Margaret Thatcher,Xi Jinping,Angela Merkel,Frank-Walter Steinmeier dan lain-lain.
Seramai 220 orang hadir terdiri daripadaKor Diplomatik,pegawai-pegawai Kerajaan serta pelajar dan alumni College of Europe.
Perdana Menteri kemudiannya mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Belgium dan berlepas ke Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur