2025-01-21 IDOPRESS

Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka memberikan impak besar kepada sektor perladangan kelapa sawit / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,20 Januari – Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka memberikan impak besar kepada sektor perladangan kelapa sawit,membuka peluang baharu kepada industri tempatan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan perjanjian tersebut berpotensi merungkai pelbagai sekatan yang selama ini menghalang produk kelapa sawit daripada menembusi pasaran Eropah.
"Negara-negara Eropah sering dikaitkan dengan sekatan terhadap kelapa sawit. Dengan adanya perjanjian ini,halangan tersebut dapat diatasi,sekali gus memberi peluang kepada sektor kelapa sawit Malaysia untuk memperluaskan pasaran di sana," katanya kepada RTM.
Selain sektor kelapa sawit,Afzanizam menjelaskan perjanjian itu turut membuka peluang besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PMKS),membolehkan mereka mengakses pasaran Eropah dengan lebih mudah.
Sektor teknologi seperti elektronik,automotif,dan tenaga boleh diperbaharui juga dijangka mendapat manfaat,meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.
Katanya,MEUFTA turut dijangka memperkukuh hubungan pelaburan antarabangsa dengan menarik lebih ramai pelabur asing menjadikan Malaysia destinasi pilihan utama.
"Perjanjian ini akan mengukuhkan daya saing negara di peringkat global,menjana pertumbuhan ekonomi,dan meningkatkan taraf hidup rakyat," tambah Afzanizam.
BERITA BERKAITAN:
Malaysia-EU sambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (MEUFTA)
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur