2025-01-22 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Januari- Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet),Datin Vivy Yusof dan suaminya,Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di Mahkamah Sesyen,hari ini.
Kedua-dua berdepan pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.
“Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata pasangan terbabit.
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Kesalahan itu dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara,36-40 Medan Setia 2,Plaza Damansara Bukit Damansara di sini,pada 21 Ogos 2018.
Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jika sabit kesalahan,hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda.- BERNAMA
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur