2025-01-22 IDOPRESS
Foto Bomba Johor
KOTA TINGGI,22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang kanak-kanak manakala empat yang lain terselamat ketikamandi di Pantai Bayu Impiandi sinipetang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat berkenaan pada pukul 5.30 petang dan siasatan awal mendapatiterdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.
Mangsa terdiri seorang wanita,seorang kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuanselain seorang lelaki berusia 60 tahun yang cuba menyelamatkan mereka.
"Lelaki terbabit yang juga mempunyai talian persaudaraan cuba menyelamatkan mangsapada mulanya tetapi naik semula ke darat disebabkan ombak kuat. Kesemua mangsa kemudian berjaya dibawa ke darat oleh pasukan penyelamat dibantu orang awam.
"Bagaimanapun,dua daripadanya tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Bahagian Forensik,Hospital Kota Tinggi (HKT). Kes diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR)," menurut kenyataan itu.
Sementara itu,Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar,PBT II Ezam Mistorerrudin berkata seramai 15 anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta pacuan empat roda 4x4 dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
"Empat mangsa berjaya diselamatkan manakala dua lagi ditemukandalam keadaan tidak sedarkan diri dan segera memberikan bantuan pernafasan sementara menunggu ketibaan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).
"Bagaimanapun,pihak KKM kemudian mengesahkan dua mangsa iaitu Siti Fatimah Jaafar,33,dan Nur Arisya Hanan Mohd Salleh,13,meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatdiserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Mangsa yang selamat ialah Jaafar Yusof,60,Nur Qaisara Farhana Mohd Farid (13),Danial Abu (10) dan Nur Alisya Shafiya Jamil (10) dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur