2025-01-22 IDOPRESS

Sultan Kedah,Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Pusat Informasi Taman Negeri Ulu Muda,Sik bersempena dengan Projek 2 juta Program Penanaman Pokok Kawasan Hutan Terosot/ Diceroboh
SIK,22 Januari- Sultan Kedah,Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Pusat Informasi Taman Negeri Ulu Muda di sini bersempena dengan Projek 2 juta Program Penanaman Pokok Kawasan Hutan Terosot/ Diceroboh.
Program berkenaan merupakan anjuran Jemaah Datuk Negeri Kedah.
Turut berangkat,Tunku Mahkota Kedah merangkap Presiden Jemaah Datuk Negeri Kedah,Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin.
Keberangkatan tiba Sultan Kedah dan Tunku Mahkota Kedah disambut Pengarah Perhutanan Negeri Kedah,Muhammad Abdullah.
Pusat Informasi tersebut terletak di Kompartmen 12,Hutan Simpan Chebar Besar dibangunkan pada tahun 2023 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2024.
Kawasan Taman Negeri Ulu Muda berkeluasan 26,275 hektar telah diwartakan pada 10 Mei 2018.
Ia merangkumi tiga Hutan Simpan iaitu Hutan Simpan Chebar Besar,Hutan Simpan Pedu dan Hutan Simpan Ulu Muda.
Daya tarikan yang terdapat di Taman Negeri Ulu Muda ialah Pusat Informasi,Earth Lodge (chalet),Gua Labua,Sira Air Hangat di Kompartmen 127,Hutan Simpan Ulu Muda serta Bukit Fakir Terbang dan Bukit Batu Merah di Hutan Simpan Pedu.
Pembangunan dan pengurusan Taman Negeri Ulu Muda lebih menjurus ke arah penaiktarafan kawasan bagi membantu penjanaan komuniti setempat di sekitar Taman Negeri Ulu Muda melalui hasil produk komuniti.
Selaras dengan itu,ianya juga dapat mengekalkan kepelbagaian spesies flora dan fauna yang terdapat di Taman Negeri Ulu Muda.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur