2025-01-26 HaiPress

Exco Warisan,Teknologi,Inovasi dan Digital,Datuk Mohd Faizal Ramli / Foto Bernama
SEREMBAN,26 Januari – Kerajaan Negeri Sembilan sedang giat memperkasakan penjawat awam di negeri itu dengan pengetahuan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai langkah menuju ke arah transformasi digital.
Exco Warisan,Datuk Mohd Faizal Ramli berkata kerajaan negeri kini dalam peringkat perancangan kerjasama bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Telekom Malaysia untuk tujuan tersebut.
“Kami telah merancang bersama MCMC dan Telekom Malaysia,di mana sebahagian kakitangan kerajaan dari jabatan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah dihantar ke Universiti Multimedia (MMU) untuk mempelajari ilmu berkaitan AI.
"Berdasarkan maklum balas yang diterima,kehadiran mereka memberikan hasil yang baik. Namun,usaha ini akan terus dipertingkatkan pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program MCMC Microsoft AI Teach peringkat Negeri Sembilan,di sini.
Program tersebut bertujuan memperkasakan komuniti setempat melalui pembangunan kapasiti dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).
Usaha itu juga seiring dengan matlamat Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 untuk melahirkan masyarakat celik digital dan meningkatkan daya saing negeri dalam era teknologi.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur