2025-01-26 IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,25 Januari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan,dengan harga dijangka melepasi paras US$2,800 setiap auns troy susulan kelemahan dalam dolar US,kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes.
Beliau berkata melainkan pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat pada minggu depan atau Rizab Persekutuan yang agresif mungkin mengubah trajektori semasa,emas boleh dengan mudah menguji dan melepasi rintangan pada US$2,810 setiap auns troy.
“Sokongan dijangka sekitar US$2,760 setiap auns troy tetapi penembusan melebihi US$2,800 setiap auns troy boleh merungkai rintangan ke atas itu,” katanya kepada Bernama.
Dari Jumaat ke Jumaat,kontrak Januari 2025 ditutup lebih tinggi pada US$2,777.0 setiap auns troy naik berbanding US$2.702.70 setiap auns troy yang disaksikan semasa minggu sebelumnya.
Sementara itu,kontrak Februari 2025 menokok sebanyak US$2,785.90 setiap auns troy daripada US$ 2,711.20 setiap auns troy.
Kontrak Mac,April dan Jun 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,794.80 setiap auns troy daripada US $2,719.30 setiap auns troy pada minggu lepas.
Jumlah dagangan melonjak kepada 60 lot berbanding 40 lot,manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 85 kontrak daripada 78.
Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 23 Januari,harga emas fizikal berada pada US$2,744.25 setiap auns troy.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur