2025-02-06 HaiPress

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
KUALA LUMPUR,6 Februari - Kementerian Pertahanan akan menjawab persoalan berhubung isu sewaan 28 helikopter jenis AW139 bernilai RM16.6 bilion pada 20 Februari ini.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,beliau akan memberi penjelasan mengenai isu itu di Dewan Rakyat semasa sesi penggulungan tidak lama lagi.
Menurut beliau,kelebihan pendekatan itu sudah dihujah ketika sesi penggulungan Belanjawan 2025 (Peringkat Dasar) yang lalu dan oleh Perdana Menteri semasa menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 28 November 2024.
"Walau bagaimanapun,perkara tersebut akan turut diulas dan dijawab sekali lagi oleh saya semasa sesi penggulungan kementerian bagi perbahasan kali ini yang dijadualkan pada 20 Februari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ketua Pembangkang pada Selasa mempersoalkan sewaan helikopter tersebut yang dilihat amat besar berbanding pembelian 32 helikopter jenis sama oleh negara lain.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur