2025-02-06 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,1 Februari- Prihatin dengan situasi banjir yang melanda di Sabah dan Sarawak,beberapa institusi perbankan mengambil inisiatif dengan menawarkan bantuan.
Bantuan tersebut bagi meringankan beban kewangan,khususnya yang kehilangan dokumen kewangan yang hilang atau rosak semasa banjir.
Hong Leong Bank,Standard Chartered Malaysia,dan Maybank mengumumkan program bantuan kewangan untuk meringankan beban pelanggan terjejas.
Hong Leong Bank menawarkan penangguhan pembayaran pinjaman sehingga enam bulan dan pengecualian yuran untuk penggantian dokumen atau kad yang rosak akibat banjir.
Selain menyediakan pembiayaan tambahan untuk PKS yang memerlukan modal kerja.
Standard Chartered Malaysia menyediakan pilihan penangguhan pembayaran pinjaman,pengecualian yuran,serta pilihan pembiayaan lain untuk meringankan beban kewangan.
Maybank menawarkan penangguhan pembayaran pinjaman,pengurangan ansuran,dan pengecualian yuran bagi kad atau buku cek yang hilang atau rosak.
Pelanggan boleh memohon bantuan melalui e-mel atau dengan mengunjungi cawangan bank terdekat.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur