2025-02-06 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,1 Februari- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan,bergerak antara RM4.41 dan RM4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar tarif AS.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa mata wang tempatan mungkin menghadapi tekanan secara tidak langsung akibat ketegangan tarif AS yang semakin meningkat.
“Memandangkan hubungan perdagangan Malaysia yang kukuh dengan China,yang merupakan sebagai salah satu negara yang terjejas disebabkan pengumuman tarif terkini,trajektori mata wang ini sebahagian besarnya bergantung pada retorik tarif AS minggu depan.
"Jika AS meneruskan langkah tarif,ringgit mungkin cenderung kepada penurunan," katanya.
Bagaimanapun,Innes berkata jika Presiden AS Donald Trump melembutkan pendiriannya seperti yang dilihat dalam perubahan dasar terbarunya ke atas Colombia baru-baru ini,ringgit mungkin mengalami kenaikan yang melegakan.
Beliau menambah pasaran pertukaran asing cenderung untuk melindung nilai daripada senario terburuk.
"Pengeksport tempatan mungkin menangguhkan penjualan pegangan dolar mereka,manakala dana pelaburan mungkin mengekalkan kedudukan dolar mereka," katanya.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,ringgit susut kepada 4.4550/4600 daripada 4.3750/3800 pada minggu sebelumnya.
Sementara itu,mata wang tempatan menyusut nilai berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5336/5398 daripada 5.4373/4435,susut berbanding yen Jepun kepada 2.8798/8832 daripada 2.8115/8149,dan turun berbanding euro kepada 4.6247/6299 daripada 4.5911/5964 pada minggu sebelumnya.
Ringgit juga lemah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Ia susut berbanding baht Thailand kepada 13.2274/2498 daripada 13.0015/0241,jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2854/2896 daripada 3.2482/2522,turun berbanding rupiah Indonesia kepada 273.2/273.6 daripada 270.5/270.9 dan menyusut berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.64 daripada 7.50/7.51 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur