2025-02-06 IDOPRESS

Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar
KUALA LUMPUR,6 Februari- Cadangan garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan,upacara kematian,kunjungan serta penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam sedang dalam proses libat urus bersama pihak berautoriti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan memaklumkan,garis panduan tersebut adalah bersifat nasihatkepada masyarakat Islam bagi menghadiri majlis perayaan atau upacara penganut agama lain dalam keadaan tertib,mematuhi adab serta memelihara pegangan akidah.
"Menerusi Garis Panduan yang sedang dibangunkan tersebut,orang Islam akan dapat menghadiri majlis perayaan atau upacara penganut agama lain dalam keadaan tertib,mematuhi adab serta memelihara pegangan akidah Islam.
"Garis Panduan ini akan memandu dan merancakkan usaha Kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dan membina sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat tanpa berasa bimbang atau salah faham daripada perspektif agama Islam.
"Ia secara langsung akan memastikan penganjuran dan penglibatan orang Islam dalam aktiviti-aktiviti tersebut tidak akan mencetuskan kontroversi atau menyentuh sensitiviti antara para penganut agama," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa garis panduan itu masih dalam proses libat urus bersama pihak berautoriti termasuk Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-126.
Bagaimanapun semua pihak diminta tidak menimbulkan salah faham atau mempolemikkan sebarang isu sehinggamenimbulkan keresahan awam demi pengukuhan keharmonian negara tercinta.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur