2025-02-07 HaiPress

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
GUA MUSANG,7 Februari- Seramai 15,000 murid tahun 1 yang merupakan anak peneroka Felda di seluruh negara akan menerima bantuan kelengkapan sekolah secara berfasa sumbangan FGV Holdings Berhad (FGV) berjumlah RM2.25 juta.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,program bantuan komuniti itu dijalankan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anakmereka.
"Peruntukan kali ini meningkat berbanding sebelum ini (2024) iaitu sebanyak RM2.17 juta yang diberikan kepada 14,500 pelajar sahaja.
"Jadi untuk tahun ini seramai 15,000 pelajar akan menerima manfaat ini. Kerjasama ini merupakan kali kedua bersama-sama dengan FGV selepas kejayaan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Selamat Datang ke Sekolah 2025 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV,Fakhrunniam Othman di Felda Perasu di sini.
Penyerahan kelengkapan persekolahan itu turut membabitkan beberapa tanah rancangan lain seperti di Felda Wilayah Trolak (Perak),Felda Wilayah Jengka (Pahang),Felda Wilayah Mempaga (Pahang) dan Gugusan Felda Raja Alias (Negeri Sembilan) yang akan diadakan secara berfasa.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur