2025-02-07 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,6 Februari- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan meningkat terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu susulan pentadbiran AS mencari cara untuk mengurangkan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun daripada menurunkan Kadar Dana Persekutuan,kata penganalisis.
Pada 6.00 petang,ringgit susut kepada 4.4320/4385 berbanding dolar AS daripada 4200/4260 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid juga percaya kecenderungan peniaga dan pelabur untuk mengambil risiko kekal berhati-hati berikutan langkah tarif AS dan geopolitik,terutamanya mengenai Gaza,apabila Presiden AS Donald Trump menyatakan hasratnya untuk mengambil alih wilayah Palestin itu.
“Bagaimana ini akan diterjemahkan kepada keamanan global masih tidak pasti tetapi ternyata ia akan meningkatkan ketegangan geopolitik di Timur Tengah,” katanya.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9036/9080 daripada 2.8930/8972 semalam,meningkat berbanding euro kepada 4.5920/5987 daripada 4.5990/6053 dan tinggi berbanding pound kepada 5.5090/5171 daripada 5.5321/5396.
Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2742/2793 daripada 3.2746/2792 dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.1175/1433 daripada 13.1602/1844.
Ringgit berubah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 271.2/271.7 daripada 271.2/271.8 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.63 daripada 7.61/7.63 pada Rabu. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur