2025-02-07 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,6 Februari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM28.91 bilion daripada RM25.34 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM16.21 bilion daripada RM15.80 bilion sebelumnya.
Terdahulu,bank pusat menawarkan tender repo berbalik,tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.
Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,dua bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM28.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.20 bilion,kedua-duanya bagi kematangan sehari.
Pada 5 Februari,Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur