2025-02-08 HaiPress

Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi/Foto Fail
JOHOR BAHRU,8 Februari- Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Johor mencatatkan perkembangan pesat,dengan lebih 54,373 perusahaan PKS berjaya menggunakan teknologi digital,setakat ini.
Prestasi itu sekali gus turut menyumbang RM99.34 juta terhadap ekonomi negeri.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pencapaian tersebut juga berpandukan sinergi erat dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Dalam masa sama,sebanyak 53 syarikat dalam sektor teknologi maklumat,teknologi kreatif dan perkhidmatan perniagaan turut berjaya dibantu.
Sementara 295 graduan di Johor,diberikan latihan bagi meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran.
Kerjasama dua pihak bakal diperkukuh menerusi pembukaan Pejabat MDEC di Iskandar Puteri,Johor Bahru,Johor.
Usaha juga,sejajar hasrat menjadikan negeri itu sebagai Hab Pusat Data Utama Negara.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur