2025-02-08 HaiPress

Panglima Tentera Udara,Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan / Foto BERNAMA
IPOH,8 Februari- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata penggunaan AI dalam era teknologi masa kini kian pesat berkembang,menjadi kunci untuk membina angkatan masa hadapan yang ampuh dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.
Beliau berkata warga TUDM perlu sentiasa berusaha gigih mengadaptasi dan mengaplikasi teknologi terkini secara komprehensif,bagi membolehkan mereka mempertingkatkan tahap kompetensi,ilmu pengetahuan dan kepakaran masing-masing.
“Dalam konteks ini juga,saya yakin dan percaya para Perajurit Muda Udara semua kini berada dalam landasan terbaik untuk meneruskan kesinambungan perkembangan karier dalam TUDM.
“Melalui latihan-latihan kepakaran yang bercorak inovatif,sekali gus mempersiapkan diri anda untuk mengoperasi dan menyelenggara aset serta peralatan pertahanan terkini,yang bakal diperoleh dalam Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Tamat Latihan membabitkan 443 Perajurit Muda Siri 68/24,di Padang Kawad Akademi Tentera Udara di sini hari ini.
Dalam pada itu,Mohd Asghar Khan turut mengingatkan Perajurit Muda Udara terus memegang teguh disiplin ketenteraan dan menjaga imej serta nama baik perkhidmatan pada setiap masa.
“Hindari salah laku yang boleh menjejaskan integriti dan maruah diri,organisasi,serta negara. TUDM tidak akan berkompromi dengan kesalahan jenayah seperti penyalahgunaan dadah,rasuah dan judi dalam talian.
“Sentiasalah membudayakan nilai integriti yang tinggi sebagai benteng diri daripada terjebak dengan sebarang perbuatan yang merugikan diri dan perkhidmatan,”katanya.
PM selar tindakan persoal usaha kerajaan tangani kenaikan harga minyak
Kawalan keselamatan dipertingkat, orang ramai diingatkan berwaspada ketika balik kampung
30 kanak-kanak asnaf terima baju raya, ceria sambut Aidilfitri
Keletihan, kesesakan punca 35 kemalangan kecil di Gua Musang
PM pulang ke negeri kelahiran, santuni komuniti Permatang Pauh
Amalkan penggunaan tenaga dan air secara cekap dan berhemat sepanjang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur