2025-02-10 HaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail / Foto Bernama
PUTRAJAYA,10 Februari – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menambah baik modul latihan bagi syarikat keselamatan dan polis bantuan bagi memastikan ia lebih sesuai dengan ancaman keselamatan semasa.
Menterinya,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu diambil susulan insiden yang berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah,baru-baru ini.
"Sudah sampai masanya untuk modul dan silibus latihan ini dikemas kini serta ditingkatkan keperluan latihan kepada pasukan syarikat keselamatan dan polis bantuan.
"Saya akan meminta pimpinan polis,Tan Sri Razarudin Husain dan Datuk Seri Ayob Khan,untuk meneliti perkara ini bagi menangani keresahan rakyat berkaitan isu keselamatan di kompleks beli-belah dan premis tumpuan ramai,"* katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN,di sini.
Tambah Saifuddin,latihan keselamatan perlu dipertimbangkan semula mengikut bentuk ancaman semasa,bagi memastikan keberkesanan dalam menjaga keselamatan awam.
Beliau turut menekankan tanggungjawab keselamatan bukan hanya terletak kepada polis,sebaliknya pengurusan premis perniagaan juga perlu mengambil langkah sewajarnya sambil pihak berkuasa menjalankan rondaan berkala.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur