2025-02-11 IDOPRESS

Foto RTM
KULIM,11 Februari- 47 kenderaan pelbagai jenis disita di Kedah sepanjang Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 bermula 20 Januari lalu dan berakhir Ahad lalu.
Daripada jumlah itu,motorsikal mencatat jumlah tertinggi iaitu 31; diikuti 12 kenderaan perdagangan dan 4 kereta.
Dalam operasi selama 19 hari itu,sebanyak 35,270 kenderaan telah diperiksa.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah,Stien Van Lutam berkata sepanjang operasi tersebut,sebanyak 7,429 notis telah dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan.
Daripada jumlah itu,6,704 melibatkan notis saman.
Beliau berkata demikian selepas menyertai hari terakhir Ops Khas sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 di Jalan Sungai Ular-Kelang Lama,di sini.
Sepanjang operasi tersebut,sebanyak 2,544 kenderaan telah diperiksa,dengan 570 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Beberapa buah van kilang yang beroperasi tanpa lesen kenderaan motor yangberkuatkuasa,tiada perlindungan insurans,dan melebihi kapasiti muatandibenarkan turut disita.
Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 bertujuan untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.
Ia memfokuskan kepada pengesanan pematuhan syarat–syarat dan peraturan keselamatan,serta kenderaan di pandu dengan selamat berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),Akta Lembaga Pelesenan KenderaanPerdagangan 1987 (Akta 334),Akta Pengangkutan Awam Darat 2010(Akta 715) dan Kaedah – Kaedah di bawahnya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur