2025-02-12 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,12 Februari- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima kunjungan kasih daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita (PUSPANITA) Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS),Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Angkasapuri pagi tadi.
Menyambut kedatangan rombongan tersebut,RTM diwakili,Timbalan Ketua Pengarah Strategik,Nasaruddin Abdul Mutalib beserta ahli PUSPANITA RTM.
Turut hadir Ketua Pengarah UKAS,Muhammad Razman Abu Samah.
Rombongan yang hadir sekitar pukul 9.30 pagi itu diberi taklimat ringkas berkenaan operasi harian dan fungsi RTM sebagai medium penyebaran informasi kepada masyarakat.
Peserta dibawa melawat studio Selamat Pagi Malaysia,studio berita,studio latihan orkestra dan Auditorium Seri Angkasa.
UKAS berperanan sebagai agensi pusat program kerjasama awam swasta antaranya dalam pembangunan Kompleks Media City di RTM.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur