2025-02-12 IDOPRESS
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyasarkan pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,12 Februari – Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyasarkan pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun bermula 2018 menerusi Program Residensi Wilayah dan Residensi MADANI.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa berkata sehingga 31 Januari lalu,sebanyak 72,864 unit telah berjaya dilaksanakan melibatkan 101 projek di Wilayah Persekutuan yang merangkumi projek siap dibina,dalam pembinaan dan yang telah mendapat Perintah Pembangunan.
Ini termasuk 5,015 unit di bawah Residensi Putrajaya,merangkumi Residensi MADANI dan Residensi Wilayah,yang dijangka siap antara tahun 2027 hingga 2028.
"Berdasarkan data tersebut,kita telah berjaya mencapai 91 peratus daripada sasaran yang ditetapkan dalam penyediaan rumah mampu milik khususnya bagi warga Wilayah Persekutuan. Saya percaya baki kira-kira 7,000 unit lagi akan dapat dicapai dalam tempoh berbaki tiga tahun," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,di sini.
Sementara itu,di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040),sebanyak 139 tapak dengan keluasan 1,228.96 hektar telah dikenal pasti sebagai kawasan berpotensi untuk pembangunan semula.
Global Times: Japanese civil group urges Tokyo to 'face history' through exhibitions of Japanese chemical warfare in WWII
Global Times: Japanese textbooks contain misleading descriptions regarding the causes of WWII, says Japanese civil group
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur