2025-02-14 HaiPress

Warga UiTM mengadakan solat hajat di di Masjid UiTM Shah Alam / Foto UiTM
SHAH ALAM,13 Februari-Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim yang juga Canselor universiti tersebut.
Menerusi satu kenyataan media,UiTM memaklumkan penganjuran majlis tersebut adalah untuk mempamerkan keprihatinan warga UiTM terhadap Yang di-Pertuan Agong.
"Solat Hajat akan berlangsung dalam tiga sesi utama iaitu pada Rabu selepas Solat Zohor diikuti hari ini (Khamis) dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat selepas Maghrib dan esok (Jumaat) usai solat Jumaat",maklum pihak UiTM dalam kenyataan berkenaan.
Dalam kenyataan tersebut,pihak UiTM turut memaklumkan majlis tersebut disertai oleh pengurusan tertinggi UiTM,staf akademik,staf pentadbiran,mahasiswa,serta warga kampus yang turut sama menzahirkan sokongan kepada baginda.
"Seluruh warga UiTM menzahirkan doa agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan yang baik,dipermudahkan segala urusan rawatan,dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.",jelas kenyataan tersebut.
Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Jumaat lalu memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Turut mengiringi baginda,Tunku Panglima Johor,Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor,Tunku Abu Bakar.
Terdahulu,semua masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara,Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan baginda.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur