2025-02-14 HaiPress

FOTO FAIL
ALOR SETAR,14 Februari - Sebanyak 453 guru baharu akan mula berkhidmat di Kedah bermula 16 Februari ini,melibatkan 372 guru sekolah menengah dan 81 guru sekolah rendah.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Ismail Othman berkata,kesemua guru baharu terlibat akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang memerlukan pertambahan guru.
Ketika ini,30,510 guru sedang dan akan berkhidmat di 548 buah sekolah rendah dan 202 buah sekolah menengah dengan jumlah murid seramai 335,085 orang yang direkodkan pada 11 Februari lalu.
"Jumlah tersebut bagaimanapun masih kurang berbanding 31,390 sijilperjawatan yang diluluskan. Warga pendidik bukan sahaja merupakan arkitek sosial dan pemangkin perubahan dan peradaban manusia,malah menanam nilai-nilai murni kemanusiaan sehingga diakui semua agama dan masyarakat," kata Ismail.
Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Arahan Penempatan Guru Baharu Negeri Kedah bagi Lantikan Tetap,Lantikan Kontrak Interim dan Lantikan Kontrak bagi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bilangan 1 tahun 2025 di Dewan Al-Farabi,Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,di sini.
Katanya lagi,peranan yang besar dan mulia itu merupakan penghormatan dan ganjaran tertinggi yang diberikan agama Islam kepada guru.
Katanya,kejayaan pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara kerana disitulah letaknya peranan penting profesion perguruan dalam merealisasikan hasrat tersebut.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur