2025-02-14 IDOPRESS

Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada keluarga asnaf menerusi program Jom Ke Sekolah 2025 di Dewan Orang Ramai,Batang Kali
BATANG KALI,14 Februari- Program Bantuan Jom Ke Sekolah menjadi bantuan tambahan kepada rakyat yang memerlukan selain Bantuan Awal Persekolahan,Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata selain meringankan beban ibu bapa,ia dapat membantu meningkatkan motivasi dan menceriakan murid-murid yang tidak berkemampuan untuk menjalani sesi persekolahan akan datang.
"Alhamdulillah program ini sangat meriah,500 penerima akan menerima kelengkapan sekolah berupa kasut,baju,seluar,beg dan tudung.
"Kita nampak keceriaan dan kegembiraan di wajah anak-anak apabila mereka disarungkan dengan baju-baju baru," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada keluarga asnaf menerusi program Jom Ke Sekolah 2025 di Dewan Orang Ramai di sini.
Setiap pelajar menerima bantuan kelengkapan persekolahan bernilai RM175 melibatkan peruntukan sebanyak RM87,500.
Menerusi siri jelajah Ziarah MADANI program itu merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM),Pertubuhan Komuniti Batang Kali dan Pejabat DUN serta Yayasan Taqwa-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan diteruskan ke beberapa negeri lain antaranya Pahang,Perak dan Selangor.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur