2025-02-14 IDOPRESS

Foto RTM
KANGAR,14 Februari - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perlis menceriakan lapan orang anak yatim penerima faedah PERKESO masing-masing berusia 6 hingga 14 tahun menerusi Program Prihatin Keluarga Angkat (PROTEK).
Kesemua mereka dibawa ke sebuah pasar raya membeli kelengkapan persekolahan sebagai sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat PERKESO.
Menurut Pengarah PERKESO Perlis Ahmad Firdaus Hashim,PROTEK merupakan inisiatif PERKESO bertujuan mengagihkan kembali pulangan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada asnaf yang berkelayakan.
"Kesemua anak angkat berkenaan merupakan waris penerima faedah daripada pihak PERKESO.
"Sumbangan prihatin sebanyak RM500 bagi setiap penerima diharap dapat menceriakan anak-anak yang disantuni ini bagi memulakan sesi baharu persekolahan 2025/2026.'' kata Ahmad Firdaus.
Beliau memaklumkannya pada Program Pembelian Kelengkapan Persekolahan Anak Angkat PERKESO Perlis yang dilaksanakan setiap tahun bagi mengeratkan jalinan kemesraan PERKESO dengan para penerima faedah,terutamanya mereka yang telah kehilangan orang tersayang.
Selain meningkatkan kesedaran masyarakat tentang fungsi dan peranan PERKESO sebagai penyedia perlindungan keselamatan sosial kepada pelbagai golongan.
Turut hadir menyantuni anak-anak angkat PROTEK ialah Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Rose Aza Che Arifin.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur