2025-02-14 IDOPRESS

Foto orang awam
AYER KEROH,14 Februari - Bomba Melaka terpaksa menempuh masa lebih 12 jam bagi memadamkan kebakaran lalang belukar seluas kira-kira 6.8 hektar yang turut melibatkan puncak bukit di Taman Muzaffar Height,di sini petang semalam.
Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairulnizam Mohamad Anuar berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.50 petang sebelum 29 anggota bomba dan 10 aset memadam kebakaran di gerakan ke lokasi berkenaan.
Empat balai bomba yang terlibat termasuk Ayer Keroh,Bukit Katil,Melaka Tengah dan Tangga Batu.
"Kebakaran belukar dianggarkan berkeluasan 1.2 hektar dan terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Kawasan A di puncak bukit,sebelah Condominium Muzaffar Height (Kawasan B) dan pencawang Tenaga Nasional Berhad (Kawasan C).
"Jentera dari balai bomba Ayer Keroh melakukan pemadaman dari atas puncak bukit menggunakan dua aliran hos sepanjang 500 kaki iaitu dianggarkan jarak sepanjang 152 meter dari tangki air jentera dan dibantu oleh jentera balai bomba Tangga Batu.
Bagi kawasan B dan C,jentera bomba mengawal dan memadam api menggunakan dua aliran hos sepanjang 91 meter dari jentera tangki kaedah pemerap api.
Katanya,faktor cuaca kering dan panas menjadi antara punca api merebak begitu pantas dan bomba terpaksa mengambil masa yang lama untuk memadam kebakaran hingga ia merebak kepada seluas 6.8 hektar.
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) turut memberi bantuan sumber air dengan membuka pintu tangki air yang terdekat sehingga operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.28 pagi Jumaat.
Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dan operasi pemadaman itu juga dibantu 22 anggota dari agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia,(PDRM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan SAMB.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur