2025-02-17 IDOPRESS

Fahmi Fadzil melawat anak-anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar
SERI KEMBANGAN,16 Februari- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA hari ini kepada keluarga Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar,bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad,yang meninggal dunia semalam akibat sakit kronik.
Sumbangan itu bagi mengurangkan beban keluarga allahyarham terutama anak-anaknya yang kini telah menjadi yatim piatu setelah kehilangan kedua ibu-bapanya.
"Saya akan cuba dapatkan maklumat mengenai nombor telefon ynag digunakan oleh ketiga-tiga anak ini. Insyaa-Allah sekiranya pelan tersebut merupakan pelan pascabayar saya akan bantu untuk membayarkan Internet mereka untuk setahun.
"Ia untuk mengelakkan sebarang masalah sekiranya anak-anak ini cuba untuk berhubung dengan ahli keluarga,saudara atau sesama mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar di sini.
Pihaknya juga akan meneliti sekiranya keluarga allahyarham layak menerima manfaat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Dalam pada itu,beliau turut memaklumkan bahawa satuperbincangan akan diadakan dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi mencari mekanisme terbaik untuk membantu bekas pengamal media mengalami penyakit kronik.
"Setakat ini jumlah penerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA adalah seramai 303 orang dan insya-Allah kita akan terus menyantuni dan mungkin saya akan bincang dengan pihak Bernama berkenaan cara-cara untuk membantu terutama bekas wartawan yang mungkin mengalami masalah sakit kronik dan sebagainya," katanya.
Usaha tersebut untuk membantu golongan terjejas atau menghadapi kesukaran,khususnya bagi bekas wartawan yang menghadapi penyakit kronik.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur