2025-02-17 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,16 Februari- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang seramai 483,880 menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Februari lalu.
KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan sebelum ini jumlah penumpang menggunakan perkhidmatan itu ialah seramai 479,877 terutamanya menuju ke Stesen Batu Caves.
"Inisiatif tambang percuma yang dilaksanakan untuk dua hari pada 10 dan 11 Februari turut mencatatkan peningkatan tujuh peratus dengan 333,684 penumpang telah memanfaatkan perjalanan percuma ini,berbanding 310,905 penumpang tahun lepas," menurut kenyataan itu.
Inisiatif berkenaan dilihat akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam selain membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta meringankan beban kewangan pengguna sepanjang tempoh berkenaan.
KTMB turut mengucapkan penghargaan kepada semua pengguna yang memilih perkhidmatan KTM Komuter sepanjang Thaipusam serta komited dalam menambah baik perkhidmatan demi keselesaan serta keselamatan penumpang.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur