2025-02-17 IDOPRESS

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh memadamkan kebakaran papan tanda Pasar Raya Mydin
IPOH,16 Februari- Papan tanda di sebuah Pasar Raya Mydin di Meru Raya,di sini terbakar kira-kira 10 peratus,malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak,Sabarodzi Nor Ahmad berkata,panggilan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 8.32 malam.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi mendapati kebakaran kira-kira 10 peratus berlaku melibatkan papan tanda di luar bangunan," kata Sabarodzi Nor Ahmad.
Kemudian pihak bomba melaksanakan kerja-kerja pemadaman dan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.
Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur