2025-02-18 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA TERENGGANU,17 Februari- Aktiviti di luar bilik darjah perlu ditangguhkan sekiranya cuaca panas melebihi 35 darjah Celsius di Terengganu demikian dinyatakan Pengarah Pendidikan Terengganu,Jelani Sulong.
Beliau berkata ibu bapa dan penjaga sudah dimaklumkan supaya membekalkan minuman secukupnya kepada anak bagi mengelakkan daripada dinyahhidratkan.
Selain itu pihak pengurusan sekolah perlu sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dari semasa ke semasa yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
"Saya sudah ingatkan kepada anak-anak ini untuk sentiasa membawa air kita risau apabila tidak bawa air murid-murid ini dikhuatiri akan minum air paip.
"Kita juga minta sekolah dan agensi luar untuk membekalkan minuman sebagai persediaan untuk murid-murid," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu konti Terengganufm di sini.
Pada sesi awal persekolahan yang bermula semalam tiada proses pengajaran dan pembelajaran diadakan selama seminggu
Bagaimanapun hanya sesi orientasi atau taaruf dijalankan bagi memastikan proses penyesuaian murid dan pelajar di sekolah.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur