2025-02-18 IDOPRESS

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,17 Februari- Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan lebih adil,mampan,dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa beliau menekankan perkara itu ketika pertemuan bersama Setiausaha Bahagian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) merangkap Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) Armida Salsiah Alisjahbana.
"Dalam pertemuan ini,kami membincangkan peranan UNESCAP dalam memperkukuh pembangunan ekonomi dan sosial di rantau Asia-Pasifik serta meneroka peluang kerjasama antara Malaysia dan UNESCAP," menurut hantaran di Facebook.
Perbincangan itu juga selari dengan aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025,yang menekankan keterangkuman dan kemampanan sebagai teras utama dalam agenda serantau.
UNESCAP adalah satu daripada lima suruhanjaya serantau PBB yang mempromosikan pembangunan inklusif,berdaya tahan dan mampan.
Suruhanjaya itu terlibat dengan ASEAN melalui pelbagai inisiatif seperti bengkel promosi pelaburan dan projek pelaburan hijau.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur