2025-02-19 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini tengah malam tadi,untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa./ Foto RTM
MANAMA,19 Februari-Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama bagi lawatan rasminya ke Bahrain.
Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain pada pukul 12.45 tengah malam waktu tempatan,disambut Menteri Luar Bahrain,Dr Abdullatif Rashid Al Zayani; Timbalan Gabenor Muharraq,Brigedier Jeneral Jassim Mohammed Al Ghattam; Duta Bahrain ke Malaysia,Dr Waleed Khalifa Al Manea serta Duta Besar Malaysia ke Bahrain,Shazryll Zahiran.
Datuk Seri Anwar diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan kerajaan.
Beliau turut disambut dengan kawalan kehormatan di lapangan terbang berkenaan.
Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota,Sheikh Salman Hamad al-Khalifa yang juga Perdana Menteri Bahrain.
Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan hormat menghadap rakan sejawatnya dan menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa.
Beliau yang juga Menteri Kewangan turut akan bertemu dengan rakan sejawatnya Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa,bagi membincangkan peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bahrain.
Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan ucapan di Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) sebelum bertemu diaspora Malaysia di Bahrain.
Sektor pembuatan, perlombongan pacu pertumbuhan IPP Malaysia September 2025
Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari, disokong belian sederhana
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober
Maybank IB unjur OPR kekal 2.75 peratus pada 2026
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur