2025-02-19 IDOPRESS

Foto FB PGA Briged Tenggara
KOTA BHARU,19 Februari – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh,Kampung Pulau Ular,Tumpat,di sini pada Isnin.
Komander Briged Tenggara PGA,Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata lima lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 43 tahun,terdiri daripada pemandu dan kelindan treler yang dipercayai menjadi penghantar kelapa ke negara jiran,turut ditahan.
Menurutnya,penahanan dan rampasan itu dilakukan oleh anggota Batalion 7 PGA kira-kira jam 12.30 tengah hari menerusi Op Taring Wawasan.
“Hasil pemeriksaan pada treler dan kawasan stor menemukan hampir 88,000 biji kelapa tanpa dokumen dan lesen pembelian yang sah,” katanya menerusi kenyataan.
Nik Ros Azhan berkata kelapa dan treler yang dirampas dianggarkan bernilai RM2.13 juta dan kes kini disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur