2025-02-20 HaiPress

Kemajuan dalam teknologi digital,automasi dan kecerdasan buatan (AI) akan terus menjadi tunjang utama dalam memperkasakan sektor agromakanan dan agrikomoditi / Foto Hiasan / Bernama
SERI KEMBANGAN,20 Februari – Kemajuan dalam teknologi digital,automasi dan kecerdasan buatan (AI) akan terus menjadi tunjang utama dalam memperkasakan sektor agromakanan dan agrikomoditi.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin berkata inovasi dalam bidang pertanian memberi impak besar terhadap peningkatan hasil,keberkesanan pengurusan sumber serta kelestarian alam sekitar.
Dalam usaha mendigitalisasikan sektor pertanian,Foong Hin menjelaskan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memainkan peranan penting sebagai agensi pelaksana Digital AgTech.
"MDEC,sebagai agensi di bawah Kementerian Digital,berperanan mengesan teknologi yang sesuai untuk sektor pertanian serta melakukan padanan dan gabungan bagi memperkenalkan teknologi tersebut kepada pengguna," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ekspo Pakar Pertanian 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),di sini.
Menurutnya,setakat 2024,lebih 600 sistem Digital AgTech telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara,manakala 30,000 usahawan tani telah menerima latihan digitalisasi bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) dan AI dalam operasi harian.
Foong Hin turut menegaskan,pemain industri perlu menerima pakai teknologi moden,amalan lestari dan transformasi digital bagi memastikan daya saing sektor pertanian serta perladangan terus kukuh seiring perubahan landskap global.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur