2025-02-21 HaiPress

Nasaruddin Abdul Mutalib
ALOR SETAR,21 Februari- Penganjuran Hari Radio Sedunia 2025 Peringkat Negeri Kedah dilihat sebagai platform untuk mengeratkan lagi hubungan antara RTM dan kumpulan pendengar sekali gus mengenali stesen radio itu lebih dekat.
Timbalan Ketua Pengarah Strategik,Nasaruddin Abdul Mutalib berkata,program berkenaan juga merupakan serampang dua mata selain dapat menaikkan lagi bilangan pendengar dan menyampaikan informasi serta dasar kerajaan dengan lebih berkesan.
"Saya lihat Kedahfm telah menjalankan satu program yang baik. Karnival selama dua hari ini bagi mendekatkan komuniti pendengar dengan Kedahfm sendiri.
"Dengan adanya hubungan baik ini,ia diyakini bahawa kita dapat menyampaikan mesej lebih baik dan berkesan," katanya.
Beliau ditemui RTM selepas menjadi tetamu di konti siaran luar sempena Hari Radio Sedunia 2025 Peringkat Negeri Kedah di sini.
Terdahulu beliau merasmikan pertandingan sepak takrawyang menjadi salah satu program sempena sambutan Hari Radio Sedunia.
Sementara itu,program Forum Perdana Ehwal Islam yang berlangsung malam tadi mendapat sambutan menggalakan daripada orang ramai.
Beliau melihat program seumpama itu perlu diteruskan susulan kecenderungan program-program bersifat kerohanian mengikut kehendak pendengar Kedahfm.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur