2025-02-24 IDOPRESS

Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid
KUALA LUMPUR,22 Februari- Prestasi perdagangan Malaysia pada Januari 2025 menunjukkan negara terus mengekalkan lebihan dagangan walaupun berdepan pelbagai cabaran ekonomi global.
Menurut penganalisis ekonomi,Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid,peningkatan eksport dan import pada Januari 2025 mencerminkan daya tahan perdagangan Malaysia dalam khususnya sektor semikonduktor,automotif dan farmaseutikal.
"Kalau kita lihat keseluruhannya,eksport ke Amerika Syarikat (AS) paling besar meningkat pada bulan Januari. AS juga dijangka mengenakan tarif terbaru pada Februari.
"Kenaikan perdagangan itu mencatatkan sebanyak RM3.8 bilion. Ia menunjukkan ekonomi perdagangan Malaysia dipengaruhi keseluruhan ekonomi global ataupun perdagangan dunia itu sendiri," katanya ketika dihubungi RTM.
Dasar fiskal dan monetari kerajaan,termasuk usaha menarik pelaburan asing,juga dilihat sebagai faktor penting dalam menyokong pertumbuhan perdagangan negara.
Malaysia juga berpotensi untuk terus berkembang dalam persekitaran ekonomi yang mencabar dengan pelaksanaan strategi industri yang tepat.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur