2025-02-25 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Februari- Pelaburan berkualiti tinggi dan dasar tatakelola ekonomi yang baik,faktor utama menyumbang peningkatan prestasi perdagangan Malaysia,kata Menteri Kewangan ll,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau mengakui dalam mencapai matlamat kerangka Ekonomi MADANI,Kerajaan memberi fokus kepada sektor-sektor yang relevan dengan keperluan global.
Usaha itu bagi memastikan perdagangan negara terus berkembang.
"Kalau kita lihat sekarang,pusat data dulu kita bawa yang asas. Sekarang,pusat data dengan kecerdasan buatan (AI). Kalau lihat sektor elektrik dan elektronik (E&E),kita tarik teknologi advance packaging. Kita tak guna cara lama lagi.
"Kita mahu bangunkan reka bentuk cip. Jadi,dengan perkembangan industri-industri baharu ini,ke hadapan,kita masih tetap relevan," katanya.
Dalam temubual eksklusif bersama RTM,beliau menegaskan bagi mengekalkan momentum ini,kerajaan sedang memperkukuh daya saing industri tempatan.
Ini dengan menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negara.
Selain,bekerjasama rapat dengan syarikat tempatan dalam mempercepatkan pemindahan teknologi serta meningkatkan keupayaan industri.
Terdahulu,Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan prestasi perdagangan Malaysia pada Januari tahun ini merekodkan peningkatan 3.1 peratus kepada RM241.9 bilion berbanding Januari 2024.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur