2025-02-25 HaiPress

Foto hiasan
PUTRAJAYA,24 Februari- Hubungan erat dengan semua pengamal media di Malaysia merupakan usaha dalam memastikan penyebaran maklumat khususnya berkaitan hal ehwal Islam dapat disalurkan kepada masyarakat dengan tepat selain mengekang penyebaran berita palsu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata langkah itu juga merupakan platform untuk menyokong perpaduan,keamanan,dan kesejahteraan seiring tema 'Islam Mekar Di Bumi Malaysia' yang diperkenalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
"Kami juga tidak terlepas daripada tempias dakwaan menerusi media sosial akibat persoalan yang dicetuskan oleh sesetengah pihak dalam masyarakat.
"Jadi dengan hubungan baik dalam kalangan media,secara tidak langsung hasrat jabatan atau perkara yang perlu diberi perincian dan penekanan dapat disebarkan secara telus,dan menyahut konsep Malaysia MADANI,insya-Allah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis JAKIM Bersama Media di sini.
Dalam pada itu beliau juga menyeru agar semua pihak untuk menyemak sumber dan kesahihan berita khususnya berkaitan hal ehwal Islam sebelum disebarluaskan hingga boleh mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.
Pada masa sama JAKIM juga mengalu-alukan kepada pempengaruh atau penyedia kandungan supaya merujuk jabatan itu berhubung isu berbangkit.
JAKIM turut merancang pelaksanaan program memberi manfaat kepada umat Islam dan bukan Islam pada masa akan datang.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur