2025-02-25 HaiPress

Petugas Jabatan Perikanan Negeri Pahang bersama Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang (IPPRA),Terengganu,telah menjalankan proses pengecaman spesies terhadap bangkai seekor ikan paus yang terdampar di Pantai Sungai Miang,hari ini/BERNAMA
PEKAN,24 Februari- Bangkai seekor ikan paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang,Pekan Pahang berkemungkinan jenis Bryde atau Fin.
Jabatan Perikanan Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan itu sejak seminggu lalu.
Bertindak atas maklumat tersebut,pasukan dari Pejabat Perikanan Negeri Pahang bersama Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang (IPPRA),Terengganu telah turun ke lokasi untuk meninjau keadaan bangkai berkenaan.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa bangkai paus tersebut telah lama mereput,menyebabkan kesukaran dalam proses pengecaman spesies.
Oleh itu,pasukan IPPRA akan mengambil sampel bagi menjalankan analisis eDNA untuk menentukan spesies dengan lebih tepat.
Berdasarkan keadaan bangkai,spesies yang dianggarkan adalah Bryde atau Fin," kata kenyataan itu.
Pihak Jabatan Perikanan turut ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat mengenai penemuan itu.
Kerjasama sebegitu penting dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan marin di perairan negara.
"Untuk makluman,di bawah Akta Perikanan 1985,spesies paus dilindungi di bawah peruntukan berkaitan spesies marin terancam.
Sebarang gangguan atau eksploitasi terhadap paus adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pihak jabatan akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan," tambah kenyataan itu.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur