2025-02-25 HaiPress

Amir Hamzah Azizan / Foto RTM
KUALA LUMPUR,24 Februari- Kerajaan MADANI komited untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju di mana rakyatnya mempunyai peluang untuk meningkatkan pendapatan dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Usaha-usaha kerajaan termasuklah menjana pekerjaan,mengurangkan pengangguran,dan meningkatkan penggajian dalam negara.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sebagai permulaan,kerajaan telah meningkatkan gaji penjawat awam.
Kenaikan itu adalah yang pertama dalam tempoh 12 hingga 13 tahun dan melibatkan peruntukan yang besar.
Walaupun begitu,kerajaan berpandangan bahawa ia adalah perlu untuk meningkatkan taraf hidup penjawat awam.
"Di mana penjawat awam telah mula menerima kenaikan gaji pelarasan yang bermula Disember 2024.
"Ini adalah satu usaha yang bukan kecil kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar sebanyak RM10 bilion diperlukan untuk tahun ini," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.
Dalam pada itu,Amir Hamzah berkata Kerajaan MADANI telah memperkenalkan kerangka ekonomi baharu yang dikenali sebagai Ekonomi MADANI.
Kerangka itu bertujuan untuk menstruktur semula ekonomi Malaysia dan membawa limpahan hasil bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
"Tiga teras utama Ekonomi MADANI,pertama menaikkan siling. Meningkatkan kompleksiti ekonomi negara dengan menarik pelaburan yang tinggi dan membina kualiti pekerjaan yang lebih banyak.
"Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
"Kedua,menaikkan lantai. Meningkatkan peluang-peluang untuk rakyat,taraf penggajian,dan peluang pekerjaan. Ini akan memastikan rakyat dapat menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara.
"Ketiga memperkukuh tatakelola. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus kerajaan melalui penggunaan teknologi digital dan mengurangkan ketirisan.
"Tapi kita telah nampak tanda-tanda bahawa kerangka ekonomi ini berjaya. Kita dapat lihat KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara telah meningkat tahun lalu sebanyak 50.1%.
"Kadar pengangguran juga telah menurun kepada hanya 3.2% pada masa itu. Selain itu,penjanaan pekerjaan juga meningkat,di mana kita berjaya mencipta 127,000 pekerjaan baharu," katanya lagi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur