2025-02-26 IDOPRESS

Empangan sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Februari – Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC) sedang membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan MyNAP bagi menangani impak perubahan iklim yang semakin meningkat.
Timbalan Menterinya,Datuk Seri Huang Tiong Sii,berkata pelan berkenaan dirangka dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan bagi memastikan pengurusan serta pemeliharaan ekosistem yang lebih berkesan.
"Antara perancangan dan strategi adaptasi yang akan dipertimbangkan dalam pembangunan MyNAP bagi menghadapi impak bencana hidroiklim adalah pembinaan infrastruktur yang tahan lasak terhadap banjir,kenaikan paras laut,serta sistem perparitan yang lebih berkesan.
"MyNAP akan memberikan gambaran keseluruhan serta solusi bagi mengurangkan ancaman perubahan iklim di negara kita," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Gopeng,Tan Kar Hing di Parlimen.
Sementara itu,Tiong Sii turut mengulas berkaitan statistik jumlah kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands yang direkodkan sejak tahun 1961 sehingga kini.
Sebanyak 689 kejadian tanah runtuh telah direkodkan,manakala 45 cerun dikategorikan sebagai kritikal dan berisiko tinggi. Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang melaksanakan pemantauan secara tahunan di kawasan berisiko ini.
Selain itu,lima lokasi kritikal di kawasan tersebut telah dipasang dengan sistem amaran awal (Early Warning System) bagi mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur