2025-02-28 HaiPress
Foto RTM
SUNGAI PETANI,28 Februari-Pengumuman Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun dengan peruntukan hampir RM1 bilion di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Fasa 1 adalah bukti nyata usaha kerajaan dalam meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus dan menaikkan pendapatan 6,100 pesawah sehingga 43 peratus.
Projek pembangunan tersebut melibatkan keluasan sekitar 11,000 hektar.
Ahli Parlimen Sungai Petani,Dr. Mohammed Taufiq Johari dalam kenyataan berkata,rakyat Kedah,khususnya golongan petani,berterima kasih kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak meminggirkan atau menganaktirikan mana-mana negeri,termasuk negeri pembangkang.
"Inisiatif ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira perbezaan politik",katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata,Perdana Menteri turut membantu para pesawah melalui inisiatif lain seperti pemberian bantuan khas oleh Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan bantuan banjir untuk Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).
"Langkah-langkah ini amat bermakna bagi meringankan beban pesawah yang terjejas akibat bencana alam.
"Ini juga membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar komited dalam memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat",jelasnya.
Beliau yakin Kerajaan Madani akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi memastikan keterjaminan makanan negara dan kesejahteraan para pesawah terus terpelihara.
Dr. Mohammed Taufiq turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Madani atas komitmen mereka dalam menjadikan industri padi dan beras sebagai tunjang keterjaminan makanan negara.
Semalam,Perdana Menteri,Datuk seri Anwar ibrahim mengarahkan agar Projek tanam padi lima musim dua tahun disegarakan melalui kerjasama kerajaan Negeri Kedah dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha meningkatkan produktiviti pesawah.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur